WEB BLOG
this site the web

KELAHIRAN....

Tanggal 8 february 1989 lahir lah seorang puteri bongsu hasil daripada perkongsian hidup antara Abdul Karim bin Abdul Aziz bersama Masiran bt Dan .Terima kasih mak ayah..tanpa bonda dan ayahanda tercinta tidak mungkin wujud puteri tersebut.

masih teringat2 lagi zaman kanak2..

masih bermain guli dengan rakan2,main tutup oren,main aci nyorok..masih suka merengek kat mak n ayah..masih suka dibelai2 dan dimanja..wah…alangkah seronok nye menjadi anak bongsu dalam sesebuah keluarga..apa yang diminta,kalau ayah mampu pasti akan aku miliki..alangkah indah nya saat itu..rasa macam baru je berlaku…

Zaman persekolahan…

Hari tak selalu cerah….mana pergi kegembiraan aku???hidup seperti parasit..menumpang di celah2 pokok2 yang gah..hanya utk mendapatkan perlindungan…syukur ke hadrat illahi..masih ada yang simpati..rakan2, guru2 zaman persekolahan sangat bermakna bagi ku..tanpa kalian belum tentu aku dapat meneruskan hidup ini..terima kasih semua..

Zaman institusi pengajian tinggi..

Alhmdlh..berkat guru2 aku dapat pendidikan yang tinggi..kehidupan lebih mencabar..aku masih tercari2 dan terkapai2..alhamdulilah..kepada rakan2 yang banyak menggembirakan hati ini,ingin aku hadiahkan kalian dengan kalimah ‘alhamdulilah…terima kasih kerana banyak membantu dan membimbing diri ini..’

Kini,8 february 2010..

da 21 thn berlalu..Erm…rase mcm sekejap je..ALHAMDULILLAH..masih ada lagi ruang dan peluang untuk aku memperbaiki diri ini dan mempertingkatkan diri ini sebagai seorang muslimah..masih ada lagi ruang taubat untuk ku..

Aku masih lagi keanak2kan..masih lagi belum matang..masih lagi belum dapat berdiri di atas kaki sendiri..masih lagi inginkan perhatian dari org2 yang sering memberikan aku kasih sayang..seperti tahun2 sebelum nya,aku sedih dengan hari kelahiran sendiri.tak seperti insane lain..menanti dengan penuh gembira..tetapi..aku masih mengenangkan keadaan diri..masih lagi terumbang ambing..hidup dalam keadaan tak tentu arah.mengenangkan bonda dan ayahanda yang dikasihi.semakin meningkat usia,semakin dekat dengan malaikat maut..jika esok lusa aku pergi menghadap illahi,bagaimana dengan bonda dan ayahanda yang tercinta??tanggungjawab di atas bahu ku. Serasa nya aku bertanggungjawab terhadap semua itu..

Ya allah…aku mengharapkan redha-Mu serta kuatkan lagi hati ini dengan segala ujian dan rintangan yang bakal aku hadapi pada hari muka..bersempena dengan umur ku yang telah melangkah ke 21 thn,aku pohon pada-Mu tenangkan la hati ini walau banyak perkara yang aku kenangkan tentang kisah silam ku..kegembiraan,kepahitan,kesedihan,kedukaan..segalanya menjadi satu..benarnya hati ini kesedihan…wahai hati yang sering goyah, harus kau ingat bahawa ini adalah sedikit sahaja ujian yang diberikan jika dibandingkan dengan ramai lagi org diluar sana..bersyukurlah apa yang ada..

MAS HIDAYAH ABDUL KARIM…YAKINLAH DENGAN DIRMU..YAKINLAH DENGAN QADA’ DAN QADAR..CEKALKAN HATIMU..MASIH ADA YANG SAYANG PADAMU..THANK YOU ALLAH..

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE21..

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies