ALLAH benar janji-NYA. ALLAH telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna hilang segalanya. Kalau kita ukur banyak mana yang ALLAH ambil , dibandingkan dengan banyak mana yang ALLAH telah beri kepada kita. Firman ALLAH:
“Kalau kita cuba hitung nikmat ALLAH, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."
(ibrahin 14:34)
Berlapang dada kepada ALLAH, bahawa ALLAH menentukan segalanya. YAKINLAH!
(firman ALLAH: “jangan takut, jangan berdukacita.”) (Al-Ankabut 29:33)
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya, orang yang sudah banyak melalui masalah, akan menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.INSYA-ALLAH…..
Kalian, yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada ALLAH. Kita setakat berusaha, ALLAH jua yang menentukan.
1 comments:
teharunya, sungguh allah maha besar
Post a Comment